Allah Allah Allah..
Aku berserah semua padaMu ya Allah,
Jasad ini cuma pinjaman dariMu,
Nyawa ini kurniaanMu,
Nafas ini milikMu.
Aku gentar, tatkala mendengar kematian kian mendekati
Aku gentar, tatkala nafas ini berhenti, siapakah aku disisiMu
Aku gentar melihat kematian kian mengganas di sekelilingku
Aku gentar melihat sifat binatang disebalik wajah manusia
Siapakah mereka sebenarnya?
Siapakah mereka yang kulihat bersenang lenang di atas takhta tatkala manusia dibawahnya sedang berlari ketakutan. Wajah mereka pucat, tangan mereka terketar-ketar. Anak-anak kecil menangis, mereka hanya mampu berserah pada takdir. Berserah?
Di mana pemimpin negara itu? Lari? Ataupun sedang merencana sesuatu yang lebih dashsyat lagi? Aku tak tahu.
Berdiri barisan perwira, gagah. Tidak gentar walau maut menghampiri. Tidak akan berundur walau selangkah. Aku kagum, kalian hebat.
'Masihkah aku berpeluang melihat keluargaku? Demi negara, aku berjuang. Bismillah..'
Adakah perang ini dirancang? Atau, merujuk kepada sifat keji manusia sendiri, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.
KUASA, HARTA, PANGKAT
Itu yang kau nak? nah AMBIK!
Kalau kuasa, harta dan pangkat dapat kembalikan nyawa yang telah terkorban. KAU LAYAK.
Kau tak mampu kembalikan, dunia ini tiada magik.
Mungkin tidak di dunia, mungkin ya.
Balasan untuk kau menanti di sana, kau sehina-hina manusia. Tiada yang lebih hina daripada kau.
Perwira negara, kalian disanjung, kalian dihormati, kalian tidak pernah gentar. Tapi sayang, kerana segelintir haiwan yang mengejar kuasa, kalian dikorbankan.
Al-Fatihah kepada kalian. Hanya Allah yang memiliki kuasa yang mutlak. Terpisah jasad dan nyawa kalian demi mempertahankan negara. Kalian berjihad, lalu syahid. Mati syahid, mungkin bunyinya mengerikan, tetapi indah pengakhiranya.
Kalian perwira kami. Aku bangga Malaysia mempunyai perwira sehebat kalian, kerana aku mungkin tidak sehebat kalian. Hanya melihat barisan tentera sudah mampu melemahkan jantungku, apatah lagi memegang senjata. Aku tidak berani.
Aku tidak dapat memaafkan pembunuh kalian. Sama ada secara langsung atau tidak.