Aku memang baran.
Cepat bengang.
Tambah kalau mood tak elok.
Tapi akhirnya, setiap kali sifat baran aku menjelma,
Aku menyesal.
Aku tak tau mana asalnya perangai baran aku. Tapi mengikut sudut psikologi, mungkin disebabkan cara aku dibesarkan, pengalaman masa kecil dan cara adaptasi aku.
Satu perangai baran aku -- yang aku sendiri rasa perbuatan ini sangat tidak patut
Muka aku akan jadi ketat yang teramat, tona percakapan aku berubah dan ada barang yang aku campak-campak.
Aku jenis yang straightforward, aku tak reti nak pura-pura ok bila aku rasa tak ok. Buat-buat senyum bila aku bengang. Aku memang akan tunjuk kalau aku tak suka.
Dulu, setiap kali aku marah, aku akan tinggikan suara berserta muka ala-ala hulk. Bila kau marah, kau tau siapa bff kau masa tu kan?
Syaitonnnn laknatullah!!!
Syaiton lah yang paling gembira masa tu, sebab kau dah masuk perangkap dia. Kau dah join dia. Kau terpedaya dengan pujuk rayu dia. Senang cerita semua ikut dia lah!
Masa tu api kemarahan kau makin membara, si setan tu pulak tak habis2 simbah minyak. Masa tu memang kau dah tak rasional. Sebab kau terlalu ikutkan hati kau yang dah terpedaya dengan setan. Lepas tu jangan cerita lah. Anak jadi derhaka pada ibu bapa, jiran bermasam muka, putus sahabat, macam-macam lg lah. Tapi yg paling teruk jika melibatkan pertumpahan darah. Nauzubillah.
Kau tau, bila kau marah keadaan boleh jadi di luar jangkaan. Kau hambur kata-kata kesat atau perbuatan kau akan melukakan orang sekeliling. Sebab akal kau tidak dikawal oleh kewarasan fikiran, tapi hasutan syaitan.
Alhamdulillah, dari masa ke masa, aku belajar untuk kawal emosi aku -- masih belum sepenuhnya berjaya.
Dulu aku cepat melenting, cepat tinggikan suara kalau marah. Sekarang bila aku marah aku cuba sedaya upaya untuk fikir rasional, aku cuba untuk tutup mulut aku -- muka masih ketat. Aku masih belum mampu untuk berubah sepenuhnya, tapi aku cuba satu tahap ke satu tahap. Perubahan yang drastik itu mustahil kan? Bila hati aku betul-betul marah, aku cari satu tempat untuk aku duduk atau aku jauhkan diri daripada tempat kejadian. Perkara paling penting, aku kena istighfar. Percaya atau tak kadang-kadang hati aku taknak istighfar sebab aku nak layan marah aku tu. Astaghfirullahal'azim, hebat sungguh penangan marah ni kan? Sampai mintak ampun dengan Tuhan pun kau tolak!
Hidup ni satu proses pembelajaran. Apa yang penting setiap kejadian yang berlaku, kita ambil pengajaran. Yang buruk kita betulkan, yang elok kita simpan. Selalu dekatkan diri dengan Allah, fitrah manusia mudah terleka. Tetapi jika kau tetapkan dalam hati untuk selalu mengingati Allah. InshaAllah Allah tidak akan pernah melupakanmu. Peringatan ini untuk aku dan saudara-saudaraku. Sebab aku juga tidak terlepas daripada terleka dengan duniawi.
Aku tertarik dengan sabda Nabi Muhammad (saw),
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah
saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan
hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya
dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka
Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik
dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan
mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan
mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan,
maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Sahih Muslim)
Tuesday, December 23, 2014
Celaru
Macam tajuk yang aku tulis tu,
Ya, macam tu lah keadaan aku sekarang.
Banyak perkara yang bermain dalam kepala.
Bila?
Macam mana?
Kenapa?
Tak kira usia atau keadaan. Setiap orang pernah, sedang dan bakal lalui semua ni.
Masa kecik asyik fikir bila nak besar.
Bila dah besar baru lah tau macam mana rasanya,
Masa tu rasa nak jadi kecik balik.
Masalah tu untuk mematangkan diri kita.
Belajar daripada kesilapan -- selalu dengar.
Jangan putus asa -- selalu dengar jugak kan?
Tapi tak selalu amal.
Pernah sekali ustaz cakap,
"Akan sampai satu tahap kamu akan menangis demi melawan kemalasan kamu"
Aku masih belum menangis, maknanya aku masih belum melawan kemalasan aku dengan sungguh-sungguh.
Benar sekali.

Tuesday, December 24, 2013
Cuba
Cuba je,
Tak kisah la dapat ke tak,
Yang penting cuba.
Kalau dapat, itu rezeki.
Kalau tak dapat, kita cuba lagi.
Tak kisah la dapat ke tak,
Yang penting cuba.
Kalau dapat, itu rezeki.
Kalau tak dapat, kita cuba lagi.
Sunday, December 22, 2013
HATI
Apa yang aku cari, tak semestinya apa yang kau cari.
Apa yang aku rasa, tak semestinya apa yang kau rasa.
Kita menuju ke tempat yang sama, kita menuju TUHAN.
Tapi jalan kita berbeza,
Ujian kita tak sama.
Bertahun hidup dalam kesesatan, sekelip mata Hidayah itu datang,
Bertahun kau sujud pada TUHAN, sekelip mata kau berpaling tadah.
HATI..
Ya, HATI itu ada jawapan.

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KURNIA)”.
Tuesday, December 17, 2013
LIF
* Tekan butang lif.
* Lif terbuka.
* Masuk lif
* Tunggu lif bergerak turun ke aras 1.
* Tunggu...
* Masih menunggu...
* Tiba-tiba lampu lif terpadam. Suasana senyap dan sunyi.
* Mula cuak..
* Tekan simbol <>, supaya pintu lif terbuka.
* Pintu lif terbuka.
* Pelik. Lif berfungsi dengan baik.
* Termenung dan berfikir sejenak.
* Perghh tak tekan aras 1. Patutlah.
* Rasa diri GENIUS gila.
* Nasib baik tak tekan butang emergency call.
* Kalau tak sampai tua rasa terhina.

Thursday, December 12, 2013
Lari
Aku mahu lari,
Lari kejap pun jadilah,
Asalkan dapat lari,
Ini bukan lari bersukan,
Tapi ni lari dari segala kesulitan dan kekusutan yang aku rasa sekarang.
Lari daripada penipuan,
Lari daripada kekejaman,
Lari daripada kejahatan,
Lari daripada manipulasi manusia
Setiap hari aku dengar kalian bicara bohong, kosong!
Entah cerita apa, daya imaginasi aku tak tinggi.
Realisasikan, bagi aku nampak.
Berikan aku damai,
Itu sahaja yang aku minta.
Usah berjanji,
Sebab aku tak percaya.
Usah cari alasan,
Sebab semua dah terang.
Hipokrit.
Tapi kalau aku lari, macam mana dengan nasib yang lain?

Sunday, May 12, 2013
ULASAN MEREKA
Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan ni beberapa post aku kat facebook dikomen oleh beberapa orang yang aku kenal, dan ada jugak yang aku tak kenal.
Tapi secara jujurnya mereka bukan mengulas isu yang aku bangkitkan, sebaliknya seolah memberi ulasan peribadi mereka tentang apa yang mereka rasa. Aku tak kisah pun, sebaliknya aku sangat mengalu-alukan komen yang membina. Tapi kalau sampai tahap mengaibkan aku tak rasa itu 'membina' sebaliknya 'meruntuhkan'.
Terkadang aku pelik dengan sikap manusia, yang baik tak pernah dipandang walau harum baunya, yang buruk ada saja yang nak dihina walau tidaklah sebusuk mana.
Sementara yang satu lagi, aku pelik, dia tak pernah menunjukkan sikap seolah kami ini kenalan di facebook walhal satu sekolah dulu. Bila aku cuba bangkitkan tentang suatu isu, lantas diulas seolah 'mempertahankan' sesuatu. Bila disiasat ternyata beliau rupanya pihak di sebelah sana, (BUKAN POLITIK EHH).
Dalam hati 'patutlah tiba-tiba komen'...
Ini cuma pendapat aku yang masih kurang mahir dalam dunia facebook, kalau nak komen, komenlah. Tapi jangan secara mendadak dan kasar, kalau rasa tak puas hati apa kata inbox saja. Kalau nak defend mana-mana pihak, itu terpulang, tapi janganlah menegakkan benang yang basah. Kita jugak yang malu. Hujah haruslah mantap, kalau setakat nak bercakap macam kat kedai kopi baik awak balik rumah potong rumput, lebih berfaedah. Gunakan facebook anda sebaik mungkin, kerana jaga-jaga.. ada yang memerati (bak kata KIAH PROPA). Itu sahaja pesanan daripada saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)