Aku mahu lari,
Lari kejap pun jadilah,
Asalkan dapat lari,
Ini bukan lari bersukan,
Tapi ni lari dari segala kesulitan dan kekusutan yang aku rasa sekarang.
Lari daripada penipuan,
Lari daripada kekejaman,
Lari daripada kejahatan,
Lari daripada manipulasi manusia
Setiap hari aku dengar kalian bicara bohong, kosong!
Entah cerita apa, daya imaginasi aku tak tinggi.
Realisasikan, bagi aku nampak.
Berikan aku damai,
Itu sahaja yang aku minta.
Usah berjanji,
Sebab aku tak percaya.
Usah cari alasan,
Sebab semua dah terang.
Hipokrit.
Tapi kalau aku lari, macam mana dengan nasib yang lain?
No comments:
Post a Comment