Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan ni beberapa post aku kat facebook dikomen oleh beberapa orang yang aku kenal, dan ada jugak yang aku tak kenal.
Tapi secara jujurnya mereka bukan mengulas isu yang aku bangkitkan, sebaliknya seolah memberi ulasan peribadi mereka tentang apa yang mereka rasa. Aku tak kisah pun, sebaliknya aku sangat mengalu-alukan komen yang membina. Tapi kalau sampai tahap mengaibkan aku tak rasa itu 'membina' sebaliknya 'meruntuhkan'.
Terkadang aku pelik dengan sikap manusia, yang baik tak pernah dipandang walau harum baunya, yang buruk ada saja yang nak dihina walau tidaklah sebusuk mana.
Sementara yang satu lagi, aku pelik, dia tak pernah menunjukkan sikap seolah kami ini kenalan di facebook walhal satu sekolah dulu. Bila aku cuba bangkitkan tentang suatu isu, lantas diulas seolah 'mempertahankan' sesuatu. Bila disiasat ternyata beliau rupanya pihak di sebelah sana, (BUKAN POLITIK EHH).
Dalam hati 'patutlah tiba-tiba komen'...
Ini cuma pendapat aku yang masih kurang mahir dalam dunia facebook, kalau nak komen, komenlah. Tapi jangan secara mendadak dan kasar, kalau rasa tak puas hati apa kata inbox saja. Kalau nak defend mana-mana pihak, itu terpulang, tapi janganlah menegakkan benang yang basah. Kita jugak yang malu. Hujah haruslah mantap, kalau setakat nak bercakap macam kat kedai kopi baik awak balik rumah potong rumput, lebih berfaedah. Gunakan facebook anda sebaik mungkin, kerana jaga-jaga.. ada yang memerati (bak kata KIAH PROPA). Itu sahaja pesanan daripada saya.