Wednesday, February 27, 2013

Terung Sambal

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni aku masih bernafas di bumi yang tidak infiniti ini. 

Hari aku bermula seperti biasa, dan Alhamdulillah sekali lagi, hari ni aku tak bangun lambat walaupun tidur agak lewat semalam.

Berjalan dengan cepat, kemudian sampai di kelas.

Masuk kelas.

Emm Sir dah masuk, macam biasa dia memang awal.

Sesi pembelajaran bermula. Fokus ( kononyeww laaa)

'Yes sister at the back, what is your name?' * Muka terkejut sikit sebab tau tu bukan aku tp kawan sebelah aku.

'Yes Siti Farihah, what is transmitted by neurons?'

Semua buat muka cuak + blur. Soalan diabaikan........ Beberapa minit kemudian..

'Sister who is sitting beside Siti Farihah.. we have a lot of 'siti' in this class, what is your name?' sambil Sir melangkah ke meja dan melihat attendance sheet kat atas meja.

Waktu tu mata semua tuju kat aku, time tu mula la buat muka terkejut beruk, ha sudahhh..

Terdengarlah suara-suara sumbang.. 'Siti Ayunni..' Ciss

Tapi budak yang duduk tepi aku kena soal, Siti Khodijah empunya diri..

Fuhh lega...

'Yes Siti Khodijah, what is localization?' Siti Khodijah dapat jawab

Tapi malangnya tidak berbau, akhirnya aku kena soal jugak.

Aku tak ingat macam mana Sir panggil nama aku, tp yg pastinya soalan Sir aku tak dapat jawab.

'The three sitis? *patut ada S ke? ntohh, sitting at the same row'

Memang kitorang berderet 3 orang, & tiga-tiga nama start dengan 'Siti'

'What is the opposite of localization?'

Sambil sengeh seperti kera mendapat bunga, aku menggelengkan kepala

Sir 'no idea?'

Aku sengeh kemudian menganggukkan kepala.

Dipendekkan cerita, lepas class aku pegi makan kat cafe. Masa beratur untuk ambik lauk kesukaan aku, iaitu TERUNG SAMBAL , aku hanya perasan orang sebelah pakai kemeja pink, dan pastinya seorang lelaki. 

Aku pandang sekilas, kemudian 'alamakkk sir', bisik hatiku. Aku terus pandang balik kat lauk-lauk, kemudian...

'Siti Ayunni?'

Alahhhh Sir ingat ke, sememangya tak dinafikan ingatan Sir memang tajam.

'YES' macam orang bodoh lepas tu sengeh macam nenek tua pakai gigi palsu yang nak tercabut.

Terus tak jadi nak ambik terung sambal kesukaan wa. Wa terus pegi bayar. Dek terkejut mendengar Sir menyebut namaku. Memang ayat tak bole nak poyo lagi kann..

Dannn, adhe lagi la..

Petang tadi jalan macam orang takde masa depan, sampai sekarang lenguh lagi kaki iolss tau! Semata2 nak hantar summary yang Sir suruh buat, masa tu dah pukul 4 lebih, takut tak sempat nak hantar, nanti department tutup. Tapi padan muka hang, orang lain semua dah hantar, buat lagi keje last minute.

Sampai department kebetulan Sir ada, alahhh jumpa lagi. Malunya, aku dengan berpeluh-peluh, bernafas macam seladang. Ahhhhh hantar je lah. 

Bukan apa, Sir ni bukan jenis peramah sangat dengan student perempuan, tu yang aku segan. Padahal Sir ingat nama aku je pun, standard la lecturer nak ingat nama student, senang lecturer nak soal nanti. Bajet je aku.

 Lagi satu aku pernah kena perli dengan dia. Oh kisah tu tolongggg lah jangan ingat Sir..
Masih terbayang lagi ekspresi muka Sir masa perli aku tu. Aku tau, tujuan Sir baik, aku je yang kecoh. 

Monday, February 25, 2013

HUTANG


Masa kau mintak pandai kau contact aku, bila time nak bayar asyik aku je yang contact kau. 

Aku bukan nak berkira sangat, lagipun kau kawan aku. Tapi cuba kau fikir sikit keadaan orang lain. Mak ayah aku bukan gabenor bank negara, kau ingat time aku bagi duit tu, duit aku banyak sangat ke? Aku pun cukup-cukup makan je, sekali kena bagi kau terus tak cukup makan.

Sebab aku pikir kau ni kawan aku, aku sanggup bagi. Aku ingat kau betul-betul perlukan duit, kalau la aku tau kau nak pinjam duit sebab nak masuk MLM, sumpah memang aku tak bagi. Kau bukan jenis kawan yang suka mintak tolong, sebab tu once kau mintak tolong aku, aku sanggup bagi and I trust you! Mati2 aku ingat kau takde duit nak bayar buku atau yuran.

Aku bagi kau cash, tapi kau bayar ansuran. Tu aku bole terima, tapi jangan sampai setiap kali nak bayar aku yang kena mintak dulu. Tak pernah kau dengan sukacitanya offer nak bayar duit aku. Pernah ada pun kau cakap kau tak boleh nak bayar lg. Kawan kawan jugak, tp jangan sampai hak aku kau claimed hak kau.

Kadang2 aku rasa serba salah jugak nak mintak, memang bangang gila. Padahal tu duit aku kot. Mungkin sebab aku still respek kau sebagai kawan aku. 

Hubungan kita pun dah makin jauh. Walau aku tak cakap dan kau tak akui, tp kita sama-sama tau status hubungan kita.

Aku taknak kita macam ni, dan aku tau kau pun taknak. Kita kawan dah lama, aku dah kenal hati budi kau, tp manusia boleh berubah dan itu yang aku nampak kau sedang lakukan. 

Aku boleh ketepikan soal duit dalam persahabatan, tapi tu tak bermakna hutang kau langsai. Hutang tetap hutang, kalau setakat sepuluh dua puluh aku bole halal kawan. 

Kita sama-sama student, kalau kau nak guna duit, aku pun nak guna jugak. Aku takde sugar daddy nak sponsor, jadi tolong lah cepat-cepat langsaikan hutang kau, walaupun tempoh hutang kau tak sampai puluh-puluh tahun macam drama melayu. Lepas ni harap-harapnya kau la yang contact aku and offer nak bayar hutang. 

Mulai hari ni aku akan kira berapa jarak masa yang kau ambik untuk kau bayar hutang yang seterusnya, dan sehubungan dengan itu, aku ingin memperkenalkan sistem 'bunga' kepada kau supaya kau tak berhutang lagi. 


Thursday, February 21, 2013

Detik-detik Permulaan

Bismillah..

Assalamualaikum,

Aku duduk tegak, muka serius, dahi berkerut. Merenung ke screen laptop dalam-dalam, lama... Mata makin kuyu, ohh aku memang takde idea. 





Sentuh bab nama blog ni, jangan salah faham ye kakak abang, makcik pakcik, tuan puan, dato' datin. Maksud infinity journey di sini ialah kehidupan ni adalah satu perjalanan yang sangaaatt panjang. Setiap detik yang kita lalui, setiap bahagia dan duka yang kita rasa, akan sentiasa mengiringi kita dalam perjalanan hidup kita. Jadi jangan cepat mengalah jika kita terjatuh, sebab perjalanan kita masih jauh.

Tapi pastinya, sebagai seorang muslim hidup ini hanya sementara. Tak ada hidup yang infiniti kecuali 'kehidupan selepas mati'. Jadi untuk mendapatkan kehidupan infiniti yang bahagia, dalam kehidupan yang sementara di dunia ni kita perlu berusaha supaya infiniti itu milik kita dengan redha yang Maha Esa, ALLAH.

Aku dah mengantuk, kalau aku menulis pun takde 'isi'. Otak aku dah bengang sebab dari tadi dia nak rehat tapi aku tak bagi.