Wednesday, February 27, 2013

Terung Sambal

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni aku masih bernafas di bumi yang tidak infiniti ini. 

Hari aku bermula seperti biasa, dan Alhamdulillah sekali lagi, hari ni aku tak bangun lambat walaupun tidur agak lewat semalam.

Berjalan dengan cepat, kemudian sampai di kelas.

Masuk kelas.

Emm Sir dah masuk, macam biasa dia memang awal.

Sesi pembelajaran bermula. Fokus ( kononyeww laaa)

'Yes sister at the back, what is your name?' * Muka terkejut sikit sebab tau tu bukan aku tp kawan sebelah aku.

'Yes Siti Farihah, what is transmitted by neurons?'

Semua buat muka cuak + blur. Soalan diabaikan........ Beberapa minit kemudian..

'Sister who is sitting beside Siti Farihah.. we have a lot of 'siti' in this class, what is your name?' sambil Sir melangkah ke meja dan melihat attendance sheet kat atas meja.

Waktu tu mata semua tuju kat aku, time tu mula la buat muka terkejut beruk, ha sudahhh..

Terdengarlah suara-suara sumbang.. 'Siti Ayunni..' Ciss

Tapi budak yang duduk tepi aku kena soal, Siti Khodijah empunya diri..

Fuhh lega...

'Yes Siti Khodijah, what is localization?' Siti Khodijah dapat jawab

Tapi malangnya tidak berbau, akhirnya aku kena soal jugak.

Aku tak ingat macam mana Sir panggil nama aku, tp yg pastinya soalan Sir aku tak dapat jawab.

'The three sitis? *patut ada S ke? ntohh, sitting at the same row'

Memang kitorang berderet 3 orang, & tiga-tiga nama start dengan 'Siti'

'What is the opposite of localization?'

Sambil sengeh seperti kera mendapat bunga, aku menggelengkan kepala

Sir 'no idea?'

Aku sengeh kemudian menganggukkan kepala.

Dipendekkan cerita, lepas class aku pegi makan kat cafe. Masa beratur untuk ambik lauk kesukaan aku, iaitu TERUNG SAMBAL , aku hanya perasan orang sebelah pakai kemeja pink, dan pastinya seorang lelaki. 

Aku pandang sekilas, kemudian 'alamakkk sir', bisik hatiku. Aku terus pandang balik kat lauk-lauk, kemudian...

'Siti Ayunni?'

Alahhhh Sir ingat ke, sememangya tak dinafikan ingatan Sir memang tajam.

'YES' macam orang bodoh lepas tu sengeh macam nenek tua pakai gigi palsu yang nak tercabut.

Terus tak jadi nak ambik terung sambal kesukaan wa. Wa terus pegi bayar. Dek terkejut mendengar Sir menyebut namaku. Memang ayat tak bole nak poyo lagi kann..

Dannn, adhe lagi la..

Petang tadi jalan macam orang takde masa depan, sampai sekarang lenguh lagi kaki iolss tau! Semata2 nak hantar summary yang Sir suruh buat, masa tu dah pukul 4 lebih, takut tak sempat nak hantar, nanti department tutup. Tapi padan muka hang, orang lain semua dah hantar, buat lagi keje last minute.

Sampai department kebetulan Sir ada, alahhh jumpa lagi. Malunya, aku dengan berpeluh-peluh, bernafas macam seladang. Ahhhhh hantar je lah. 

Bukan apa, Sir ni bukan jenis peramah sangat dengan student perempuan, tu yang aku segan. Padahal Sir ingat nama aku je pun, standard la lecturer nak ingat nama student, senang lecturer nak soal nanti. Bajet je aku.

 Lagi satu aku pernah kena perli dengan dia. Oh kisah tu tolongggg lah jangan ingat Sir..
Masih terbayang lagi ekspresi muka Sir masa perli aku tu. Aku tau, tujuan Sir baik, aku je yang kecoh. 

No comments:

Post a Comment